This is my personal favorite, coz its delicious and easy to make. Very typical Malay.
Ramuan - ramuannya:
1/2 kilo daging lembu batang pinang (dihiris kecil)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
sedikit halia tua sebesar ibu jari (ditumbuk halus)
2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam dan ajinomoto
1 ulas bawang besar (hiris bulat)
3 sudu besar minyak masak
Cara memasaknya:
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan daging, serbuk kunyit, garam, dan ajinomoto, and kacau sehingga daging empuk. Masukkan bawang besar, dan kacau sehingga bawang layu.
Tips:
1. Sekiranya sukakan sedikit warna dalam masakan, bolehlah tambahkan kacang panjang yang dipotong panjang 2" dan hirisan cili merah (dibuang biji), bersama dengan bawang besar tadi.
2. Sekiranya menggunakan daging biasa, bukan batang pinang (murah sikit), rebuskan daging selama 1 jam sebelum masak.
Sedap dimakan bersama: nasi yang panas, sambal belacan dan timun.
No comments:
Post a Comment